Saturday, May 21, 2016

Tips & Panduan Process untuk memanjangkan visa di Korea Selatan


Assalamualaikum,

Insyallah dalam enteri berikutnya saya ingin berkongsi beberapa perkara penting bagi mereka yang bekerja di Korea Selatan, bagaimana proses untuk memanjangkan VISA yang diperolehi di Malaysia. Untuk pengetahuan semua, di Malaysia, Kedutaan Korea hanya akan dapat memberikan maksimum VISA adalah untuk 3 bulan. Maka setiap dari kita perlu untuk memanjangkan VISA tersebut di Korea Selatan.

Sebagaimana penulisan saya sebelum ini berkenaan aspek penting dalam memohon VISA Korea, dan pastinya yang pergi lebih dari 3 bulan atas keperluan tertentu seperti belajar, bekerja dan mengikuti ahli keluarga yang bekerja di Korea Selatan. Itu beberapa tujuan yang kerap bagi mereka yang ingin memohon VISA ke sini. Dan kerap saya ingatkan bahawa untuk melancong ke Korea Selatan, tidak memerlukan VISA seperti China. Maka untuk melancong usah khuatir berkenaan VISA.

Apa yang saya lakukan untuk keluarga yang mengikuti saya ke sini, pertamanya berkenaan pemeriksaan TB. Untuk mereka yang memohon VISA selepas Mac 2016, untuk umur yang 5 tahun dan ke atas diwajibkan untuk melalui ujian TB, Malaysia di antara negara yang diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan tersebut. Bagi kami yang telah dapat VISA 3 bulan, makanya untuk process memanjangkan VISA perlu untuk menjalani ujian TB.

Saturday, May 14, 2016

Tips mudah untuk memohon VISA Korea

Assalamualaikum,


Kedutaan Korea di Malaysia.


Entri kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit keperluan-keperluan bagi mereka yang ingin memohon VISA entri ke Korea Selatan. Bagi saya tidaklah sesusah mana sekiranya segala dokumen anda telah sediakan terlebih dahulu. Dan untuk permohonan selepas March 2016, ada syarat terbaru untuk memohon VISA Korea Selatan yakni anda perlu menjalankan ujian TB, jadi pastikan untuk keperluan tersebut anda boleh rujuk dengan pejabat Kedutaan Korea Selatan dan melakukan sedikit kajian terlebih dahulu. VISA Korea siap dalam tempoh 3 hari, dan sesiapa wakil boleh ambilkan VISA + Passport tersebut dengan syarat membawa resit asal.


Form untuk memohon VISA boleh dirujuk kepada link berikut untuk mendownload borangnya secara percuma:

http://www.mofa.go.kr/english/visa/images/res/visakorean.pdf.
Boleh isikan semua maklumat yang diperlukan termasuk jumlah expenses perjalanan dari Malaysia ke Korea, dan sebagainya.


Jadi dokumen yang diperlukan untuk mereka yang merancang untuk tinggal di Korea lebih dari 90 hari, perlulah memohon VISA. Bagi mereka yang sekadar untuk melancong ke Korea Selatan, perlu diperingatkan bahawa VISA tidak diperlukan, kerana entrance Korea Selatan anda akan diberikan tempoh 90 hari bagi pass pelancong. Jadi tidak perlu khuatari bagi mereka yang ingin melancong ke sini. Saya kongsikan apa yang diperlukan untuk anda memohon visa Korea Selatan adalah seperti berikut dan saya akan ajarkan beberapa step penting untuk kalian lebih memahaminya;


1. Passport yang diperlukan untuk memohon visa (sediakan copy dan original)

2. Surat nikah dalam bahasa inggeris (sediakan copy dan original)

3. Surat beranak anak-anak (sediakan salinan copy dan original)

4. Surat perlantikan/transfer letter bagi pekerja (sediakan salinan copy + original)

5. Slip akuan pekerja dan gaji oleh majikan (sediakan salinan copy dan original)

6. Invitation letter from Korean Company ( Salinan original akan diambil oleh pihak Embassy)

7. Gambar 2 keping setiap orang ( background putih)
8. Bayaran VISA ( dalam tunai sahaja)
9. Salinan Flight Ticket (pastikan salinan yang terdapat nama kesemua penumpang


Surat Nikah dalam Bahasa Inggeris

Untuk rakyat Malaysia, pasti ia akan menimbulkan sedikit permasalahan buat kalian memandangkan kebanyakan surat Nikah di Malaysia berbahasa Melayu samada dalam tulisan rumi mahupun dalam tulisan Jawi. Makanya akan sukar untuk mendapatkan yang dalam bahasa Inggeris. Bagi saya mudah saja, sebab saya bernikah di Perlis. 
Apa yang saya lakukan adalah dengan "translate" sendiri sijil nikah dalam tulisan Jawi itu kepada bahasa Inggeris dan mendapatkan akuan pengesahan dari pejabat Pendaftar nikah di Perlis. Saya memberikan softcopy dan mereka mencetak di kertas keras sebagaimana sijil nikah dalam tulisan Jawi, dan di Perlis, adalah PERCUMA!! Siap dalam tempoh sehari, dan saya gunakan sijil nikah itu untuk memohon VISA Korea.

Bagi yang bernikah di Wilayah Persekutuan, saya berpendapat kalian boleh terus pergi ke pejabat pendaftar untuk mendapatkan sijil nikah dalam bahasa Inggeris memandangkan ramai yang perlu utnuk mendapat surat nikah dalam bahasa Inggeris untuk apply VISA mana-mana negara yang memerlukan.


Invitation Letter from Korean Company
Mana-mana syarikat international akan tahu tentang surat ini, memandangkan mereka juga mengambil pekerja dari luar dan pastinya perlu untuk memohon visa bagi pekerja tersebut. Maka ada hanya perlu memohon dari tempat yang ada kerja surat ini untuk memohon VISA. Saya ingatkan dokumen ini hanya sehelai atau 2 helai tetapi rupanya hampir 10 muka surat. Untuk mendapat surat ini, selalunya syarikat tersebut akan meminta dari anda;

1. Salinan Passport ahli keluarga yang ingin dibawa, semua perlu dinyatakan dalam letter of invitation tersebut.

2. Flight details dan termasuk tarikh dan masa perjalanan dari Malaysia ke Korea.

3. Salinan passport + VISA bagi suami yang bekerja di Korea.


Surat Majikan berserta maklumat Gaji dan Jawatan

Ini perlu disediakan dan mendapat tandatangan dari majikan, Boleh berbincang dan mendapatkan kelulusan dari pihak HRM anda untuk mendapatkan surat ni.


Penutup
Saya rasa itu sahaja perkongisaan ringkas dari saya untuk permohonan VISA untuk Korea Selatan, untuk caj satu visa, saya tak berapa ingat tetapi harga sekitar RM 70-80 sahaja untuk tempoh 3 bulan. Dan untuk pengetahuan semua VISA dari kedutaan Malaysia maksimum akan diberikan adalah 3 bulan dan memanjangkan tempoh perlu dilakukan di Korea.

Insyallah saya akan sharingkan pengalaman saya melakukan VISA Extension di Ulsan, South Korea. Ianya sangat mudah dan ringkas , dengan syarat memyediakan semua dokumen-dokumen yang diperlukan. Lokasi kedutaan Korea di Malaysia seperti screenshot berikut;




Alamat Kedutaan Korea di Malaysia;

No. 9 & 11, Jalan Nipah, Off Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur, Malaysia

Website: http://mys.mofa.go.kr/english/as/mys/main/

Waktu Pejabat: 08:30~12:00, 13:30~17:00 (waktu cuti adalah sama dengan Malaysia + Korea Public Holiday)


Untuk kaunter yang menguruskan VISA di Kedutaan Malaysia adalah orang Melayu, jadi tidak ada masalah untuk berkomunikasi. Terakhir yang saya pergi adalah seorang Melayu perempuan.


Terima Kasih.

Iskandar Musa.


Tuesday, April 19, 2016

Panduan Mudah untuk menerokai Pulau Jeju, Korea Selatan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,



Penulisan kali ini saya hendak berkongsi serba sedikit berkenaan perjalanan ke Pulau Jeju pada bulan Disember 2015. Bagi mereka yang telah merancang ke Pulau ini pastinya akan mempunyai perancangan tersendiri malahan mungkin lebih baik dari saya. Namun perkongsian saya ini berdasarkan pengalaman peribada menerokai Jeju Island.


Jeju Island terletak di selatan Korea Selatan, dan kedudukannya dibawah Korea Selatan. Untuk ke Pulau Jeju ini anda boleh menggunakan pelbagai pengangkutan awam yang ada samada kapal laut mahupun kapal terbang. Untuk kapal terbang anda boleh terbang menerusi Seoul Airport mahupun dari Busan Airport (Gimhae Airport). Di Seoul, terdapat dua lapangan terbang, satu domestik dan satu international yakni Incheon. Untuk domestik menerusi Gimpo Airport dan perlu menaiki bas atau keretapi dari Incheon Airport.

Saturday, March 5, 2016

Hanaa Humaira...namamu anak-ku. Moga menjadi anak yang solehah dan mujahiddah ayah dan ibu.

Assalamualaikum,

   Telah lama rasanya saya tidak menulis berkaitan dengan coretan kehidupan ini. Di penulisan ini, saya mahu kongsikan kegembiraan saya pada 25 Januari 2016 yang lalu, lahirnya seorang puteri yang dinanti-nantikan oleh kami sekeluarga. Waqi dan Falah, bakal bergelar abang yang akan menjadi pemimpin buat adik perempuan mereka ini. Penulisan saya sebelum ini menantikan kelahiran Hanaa Humaira. Sesungguhnya perhintungan yang terbaik itu hanya dari Allah s.w.t
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.” (QS Al Baqarah: 216)
   Kalau mengikut perkiraan, puteri saya ini bakal lahir pada 28 Januari 2016, namun sebagaimana perkiraan untuk abangnya Waqiyuddin dan Falah, kedua-duanya lahir awal dari hari yang di perkirakan. Bagi Falah, dia lahir 5 hari awal dari tarikh sebenar yang diramalkan. Manakala Waqiyuddin, lahir awal 2 hari dari tarikh sebenar. Maka melalui pengalaman tersebut, kami dapat jangkakan bahawa anak ke-3 kami ini juga akan lahir awal dari tarikh yang diramalkan. Dan benarlah perkiraan kami dan Hanaa Humaira lahir 3 hari awal dari perkiraan yang telah diramalkan.

Hanaa Humaira Day 1 di bilik persalinan.

Tuesday, March 1, 2016

Masihkah kau ingat ? 3 Mac 1924, tragedi buat umat Islam.

Masihkah kau ingat ?

Pada 3 Mac 1924 - Daulah Khilafah secara rasminya berkubur.
Pada 3 Mac 2016 - Daulah Khilafah secara rasminya telah hilang dari kaum Muslim selama 92 tahun.


Stop 419 Advance Fee Fraud: Denon Construction / info@denonconstructions.co.uk...

Stop 419 Advance Fee Fraud: Denon Construction / info@denonconstructions.co.uk...: From:  Denon Construction info@denonconstructions.co.uk Subject:  UPDATE ON YOUR TRAVELING DOCUMENT Date:  1 March 2016 at 6:32:17 PM GMT+9 ...

Saturday, February 27, 2016

PART 1: Travelog melihat keindahan ciptaan Allah -Jakarta & Bandung: Merungkap keistimewaan percutian di sebuah negara majoriti umat Islam serta kepelbagaian makanannya.

Assalamualaikum,

1.0 Transit di Jakarta, sebelum bertolak ke Bandung menggunakan keretapi.

   Hujung tahun 2014, kami sekeluarga telah merancang destinasi berikutnya ke Bandung, Indonesia. Namun perjalanan yang telah di pilih untuk ke Bandung dengan transit di Jakarta, memandangkan tiket terus ke Bandung sedikit mahal berbanding transit di ibu kota Jakarta. Selain itu kami memilih untuk menggunakan keretapi untuk ke Bandung dari Jakarta. Ini memberi sedikit kelainan serta dapat mencuba keretapi di Indonesia. Kami terbang ke Jakarta dengan menggunakan Malaysia Airlines (MAS ) dan pulang ke Malaysia pada 7 Disember 2014 dengan menggunakan AirAsia.

Bermalam di Marriot Jakarta, Indonesia dan keesokkan harinya ke Bandung dengan menggunakan keretapi.

   Saya akan berkongsi serba sedikit pengalaman menggunakan keretapi di Indonesia dan memberi komentari tentang beberapa destinasi menarik di Bandung dan Jakarta. Memandangkan di Jakarta kami hanya singgah untuk satu malam maka tidak banyak tempat yang kami dapat singgah di Jakarta berbanding ketika kami di Bandung. Disebabkan kami pergi dalam bulan Disember 2014, maka cuaca ketika itu agak kurang sesuai kerana kerap hujan berbanding bulan-bulan yang lain, menghadkan tempat-tempat yang dapat dilawati. Kelebihan cuaca di Bandung adalah cuacanya agak sejuk jika diberbanding dengan Jakarta, mungkin disebabkan kedudukannya yang lebih tinggi berbanding Jakarta.

Saturday, February 13, 2016

Bagaimana mahu mengecilkan cincin yang longgar apabila dipakai, berikut adalah cara yang mudah dan murah untuk mengetatkan cincin anda ! Bagaimana?

Assalamualaikum,

Saya beranggapan ramai dikalangan kita menghadapi masalah yang sama iaitu cincin yang dipakai longgar disebabkan beberapa faktor . Di antara faktor itu, longgar samada berat badan telah menurun dan menyebabkan jari tangan itu mengecil. Kalau layari website pelbagai cara yang telah ditunjukkan oleh orang ramai diseluruh dunia.

Antara yang membantu bagaimana untuk mengecilkan cincin termasuk laman web seperti dibawah mengecilkan cincin dengan ring wraps, perlu memusingkan wraps itu dibahagian bawah cincin. Namun menggunakan ring wraps ini menjadikan cincin tidak menarik dan juga nampak tidak kemas, malahan kena beli dari penjual tersebut, memakan masa jika anda mahukan ia cepat.


Google+ Followers